Wikimedia Foundation Access to Nonpublic Personal Data Policy

From Wikimedia Foundation Governance Wiki
This page is a translated version of the page Policy:Access to nonpublic personal data policy and the translation is 77% complete.
Outdated translations are marked like this.
Lihat juga: :m:Access to nonpublic personal data policy/Noticeboard

Ini merupakan ringkasan ramah pengguna bagi Polisi Capaian pada Maklumat Bukan Umum.

Penafian: Ringkasan ini bukanlah sebahagian dari Polisi Capaian pada Maklumat Bukan Umum dan bukanlah dokumen perundangan. Ia sekadar rujukan mudah bagi memahami Polisi Capaian pada Maklumat Bukan Umum penuh. Lihatlah ia sebagai antaramuka ramah-pengguna.

Disebabkan kami percaya bahawa privasi masyarakat Wikimedia adalah penting, ahli masyarakat dengan capaian pada maklumat bukan umum hanya boleh menbebaskan maklumat di bawah keadaan tertentu, seperti:

Disebabkan kami percaya bahawa memelihara privasi masyarakat Wikimedia merupakan nilai penting Wikimedia, mereka yang memiliki capaian pada maklumat bukan umum perlulah:

Disebabkan kami menghargai ahli masyarakat yang memainkan peranan penting ini dalam memelihara Tapak Wikimedia dan penggunanya dan ingin memelihara privisi mereka, kami berjanji untuk:

  • Mengekalkan maklumat hubungan dan identiti mereka rahsia dan selamat , dan perjanjian kerahsiaan; dan

Purpose

Tapak-Tapak Wikimedia ("Tapak-Tapak") adalah produk satu komuniti global yang terdiri daripada penyumbang dan penyunting sukarelawan. Kumpulan individu-individu yang berdedikasi ini bukan sahaja menulis dan memelihara kandungan dalam Tapak-Tapak tersebut — malah mereka membantu menjamin keselamatan Tapak-Tapak tersebut dan para penggunanya serta mematuhi dasar-dasar yang terpakai. Untuk menguruskan tugas besar ini dengan berkesan, ahli-ahli komuniti tertentu telah diamanahkan dengan capaian kepada bilangan terhad maklumat bukan awam berkenaan pengguna-pengguna lain. Sebagai contoh, seorang ahli komuniti yang dipercayai yang mempunyai hak-hak "pemeriksa" boleh menggunakan hak-hak tersebut untuk menyiasat jika terdapat seorang pengguna yang menggunakan berbilang akaun mengikut cara yang bercanggah dengan dasar-dasar Wikimedia. Tujuan dasar "Capaian Kepada Maklumat Bukan Awam" ini ("Dasar") adalah untuk:

  • menerangkan keperluan-keperluan minimum yang mesti dipenuhi oleh mana-mana ahli komuniti yang mempunyai capaian kepada maklumat bukan awam;
  • menerangkan hak-hak dan tanggungjawab para ahli komuniti yang mempunyai capaian kepada maklumat bukan awam;
  • memastikan bahawa para ahli komuniti yang mempunyai capaian kepada maklumat bukan awam faham dan komited untuk memelihara rahsia maklumat bukan awam; dan
  • menyediakan garis panduan kepada para ahli komuniti yang mempunyai capaian kepada maklumat bukan awam berkenaan bilanya mereka boleh mencapai maklumat bukan awam, bagaimana mereka boleh menggunakan maklumat tersebut, serta bila dan kepada siapa maklumat tersebut boleh didedahkan.

Ahli-ahli komuniti yang tertakluk oleh Dasar ini

Dasar ini terpakai kepada mana-mana pengguna yang mempunyai capaian kepada maklumat bukan awam yang diliputi oleh Dasar Privasi, termasuklah:

  • Ahli-ahli komuniti yang mempunyai capaian kepada mana-mana alat yang membolehkan mereka melihat maklumat bukan awam berkenaan pengguna-pengguna lain (seperti alat Pemeriksa) atau ahli-ahli awam (sebagai contoh, melalui akaun OTRS);
  • Ahli-ahli komuniti yang mempunyai kebolehan mencapai kandungan atau maklumat pengguna yang telah dibuang melalui paparan pentadbir (seperti alat Sekatan); dan
  • Pembangun sukarelawan yang mempunyai capaian kepada maklumat bukan awam.

Sebagai contoh sahaja, beberapa contoh kumpulan ahli komuniti yang dikenakan Dasar ini termasuklah, pentadbir OTRS, ahli pasukan tindak balas e-mel, dan Pengelola. Dasar ini tidak terpakai kepada pengguna yang hanya mempunyai hak untuk melihat semakan terhapus biasa. Dasar ini juga tidak terpakai kepada para pekerja atau para kontraktor Yayasan Wikimedia yang bertindak dalam kapasiti profesional mereka kerana mereka telah pun tertakluk bawah persetujuan-persetujuan kerahsiaan lain yang mempunyai perlindungan sama atau lebih daripada Dasar ini.

Keperluan-keperluan minimum bagi ahli-ahli komuniti yang memohon hak-hak capaian kepada maklumat bukan awam

Syarat-syarat berikut adalah keperluan-keperluan minimum yang hendaklah dipenuhi oleh semua ahli komuniti, termasuk pembangun sukarelawan, yang diberikan hak-hak capaian kepada maklumat bukan awam ("hak-hak capaian").

(a) Usia minimum. Kami menghargai ahli-ahli komuniti kami, tanpa mengira usia. Walau bagaimanapun, capaian kepada maklumat bukan awam memerlukan kematangan kerana tanggungjawab besar yang datang dengan kewajipan kerahsiaan. Atas sebab ini, mana-mana ahli komuniti yang memohon hak-hak capaian hendaklah:

  • berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun, kecuali ahli pasukan tindak balas e-mel hendaklah berumur sekurang-kurangnya enam belas (16) tahun; dan
  • hendaklah memperakui kepada Yayasan Wikimedia bahawa dia telah mencapai usia minimum yang dikehendaki bagi hak-hak yang dipohon.

(b) Alamat e-mel dikaitkan yang sah. Demi memastikan bahawa kami boleh menghubungi individu-individu yang mengambil peranan-peranan penting ini, mana-mana ahli komuniti yang memohon hak-hak capaian hendaklah:

  • menyerahkan kepada Yayasan Wikimedia satu alamat e-mel yang sah;
  • memastikan bahawa akaun yang digunakan untuk memohon hak-hak capaian itu dikaitkan dengan satu alamat e-mel yang sah;
  • melengkapkan pengesahan alamat e-mel yang diserah dan/atau dikaitkan (seperti membalas e-mel pengesahan yang dihantar kepada alamat e-mel yang diserah), jika diarahkan berbuat demikian; dan
  • memaklumkan Yayasan Wikimedia akan sebarang perubahan terhadap alamat emel mereka dalam tempoh yang munasabah selepas perubahan itu.

(c) Kerahsiaan. Untuk memastikan bahawa ahli-ahli komuniti yang mempunyai hak-hak capaian faham dan komited untuk memastikan bahawa maklumat bukan awam adalah rahsia, mereka akan diarahkan untuk membaca dan memperakui bahawa mereka bersetuju dengan satu Persetujuan Kerahsiaan pendek yang menggariskan:

  • apa yang perlu dianggap oleh ahli-ahli komuniti sebagai maklumat rahsia;
  • bila mereka dibenarkan mencapai maklumat bukan awam;
  • bagaimana ahli-ahli komuniti boleh menggunakan maklumat bukan awam berkenaan pengguna-pengguna lain;
  • bila dan kepada siapa mereka boleh dedahkan maklumat bukan awam tersebut dan bagaimana mereka perlu sebaliknya menahan diri daripada mendedahkan maklumat bukan awam kepada sesiapa sahaja, kecuali yang dibenarkan dalam dasar-dasar terpakai;
  • bagaimana mereka perlu melindungi akaun mereka daripada capaian yang tidak dibenarkan; dan
  • bila mereka perlu melaporkan pendedahan maklumat bukan awam kepada pihak ketiga atau capaian, penggunaan, atau pendedahan maklumat bukan awam yang tidak wajar.

(d) Privasi. Dalam mempertimbangkan privasi ahli-ahli komuniti yang mempunyai hak-hak capaian, sebarang maklumat peribadi yang diserahkan kepada Yayasan Wikimedia mengikut Dasar ini adalah tertakluk bawah Dasar Privasi dan Garis Panduan Pengekalan Data milik Yayasan Wikimedia.

(e) Garis masa penyerahan. Mana-mana ahli komuniti yang telah diberi hak-hak capaian pada masa Dasar ini berkuat kuasa hendaklah memenuhi keperluan-keperluan dalam Seksyen (a) - (c) Dasar ini dalam tempoh sembilan puluh (90) hari kalendar bermula dari sama ada (i) tarikh yang mana arahan mematuhi Dasar ini dihantar kepada ahli komuniti tersebut daripada Yayasan Wikimedia atau (ii) tarikh yang mana pemberitahuan tersebut diposkan secara terang-terangan dalam Meta, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu. Yayasan Wikimedia boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, melanjutkan tempoh pematuhan bagi ahli-ahli komuniti tertentu mengikut keperluan.

Mana-mana ahli komuniti yang gagal memenuhi keperluan-keperluan dalam Seksyen (a) - (c) Dasar ini sebelum tarikh akhir di atas seharusnya menjangka bahawa hak-hak capaiannya akan ditarik balik sehinggalah dia menyerahkan maklumat yang diperlukan.

Penggunaan dan pendedahan maklumat bukan awam

Ahli-ahli komuniti yang mempunyai hak-hak capaian menyediakan perkhidmatan yang bernilai kepada Tapak-Tapak ini dan para penggunanya -- mereka memerangi vandalisme, membalas e-mel meja bantuan, memastikan bahawa data persendirian yang didedahkan secara tidak wajar dibuang daripada pandangan orang awam, mengesahkan keizinan lesen, menyiasat akaun boneka, memperbaiki dan menyahpepijat perisian, dan banyak lagi. Akan tetapi penggunaan hak-hak capaian oleh ahli komuniti adalah terhad kepada situasi-situasi dan konteks-konteks tertentu. Seksyen ini menerangkan situasi-situasi yang mana hak-hak capaian boleh digunakan dan maklumat bukan awam boleh didedahkan kepada pihak ketiga.

(a) Penggunaan hak-hak capaian dan maklumat bukan awam. Semua ahli komuniti yang mempunyai capaian kepada maklumat bukan awam hanya boleh menggunakan hak-hak capaiannya dan maklumat berikutnya yang dicapai dengan cara yang sejajar dengan dasar-dasar yang mengawal alatan yang digunakan untuk mendapatkan capaian tersebut. Sebagai contoh, ahli-ahli komuniti yang mempunyai capaian kepada alat Pemeriksa hendaklah mematuhi Dasar Pemeriksa global, dan, kecuali mereka melakukan pemeriksaan rentas wiki, mereka juga hendaklah mematuhi dasar-dasar tempatan yang lebih ketat yang terpakai kepada Tapak yang berkenaan. Begitu juga dengan ahli-ahli komuniti yang mempunyai capaian kepada alat Sekatan hanya boleh menggunakan alat tersebut dengan cara yang sejajar dengan Dasar Sekatan. Sekiranya capaian kepada alat tertentu ditarik balik, untuk apa jua sebab, ahli tersebut hendaklah menghapuskan semua maklumat bukan awam yang diperolehi daripada alat itu.

(b) Pendedahan maklumat bukan awam. Dalam usaha memastikan Tapak-Tapak ini dan para penggunanya selamat, ahli-ahli komuniti yang mempunyai hak-hak capaian kadangkala perlu mendedahkan maklumat bukan awam kepada pihak ketiga. Pendedahan maklumat bukan awam boleh dibuat kepada:

(i) ahli-ahli komuniti lain yang mempunyai hak-hak yang sama, atau sebaliknya sesiapa sahaja yang dibenarkan mencapai maklumat yang sama, untuk menjalankan tugas-tugas yang digariskan dalam dasar yang terpakai pada alat capaian yang digunakan;

(ii) pembekal perkhidmatan, pembawa, atau pihak ketiga lain untuk membantu dalam sasaran sekatan IP atau pembentukan satu aduan kepada Pembekal Perkhidmatan Internet yang relevan;

(iii) penguat kuasa undang-undang, dalam kes yang mana terdapat ancaman segera dan diyakini terhadap nyawa atau anggota badan;

(iv) pihak-pihak yang diberi kuasa, dengan kebenaran nyata oleh pengguna yang maklumat bukan awamnya akan didedahkan; atau

(vi) orang awam, jika ia adalah akibat yang perlu dan sampingan bagi tindakan menyekat akaun boneka atau akaun lain yang disalah guna.

Walaupun ahli-ahli komuniti yang mempunyai hak-hak capaian boleh mendedahkan maklumat bukan awam kepada pihak ketiga dalam situasi-situasi yang diterangkan di atas, mereka tidak diwajibkan oleh Yayasan Wikimedia untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sekiranya seorang ahli komuniti yang mempunyai hak-hak capaian memutuskan untuk mendedahkan maklumat dalam mana-mana situasi yang diliputi oleh (ii), (iii), (iv), atau (v) di atas, mereka hendaklah memaklumkan Yayasan Wikimedia dengan menghantar satu penjelasan bagi pendedahan tersebut melalui e-mel kepada check-disclosure@wikimedia.org dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas pendedahan tersebut.

In the event that a Designated Community Member receives a request for Personal Data from law enforcement regarding an immediate and credible threat of bodily harm, as described above in (iii), and the Designated Community Member chooses to disclose Personal Data, they are permitted to do so without pre-authorization however that Designated Community Member should immediately contact check-disclosure@wikimedia.org with an explanation of the disclosure. If the Designated Community Member chooses not to disclose Personal Data in response to an emergency request from law enforcement, that Designated Community Member should immediately email emergency@wikimedia.org with details of the request so that it can be evaluated for possible Foundation disclosure.

Semua permintaan rasmi dan tidak rasmi lain terhadap maklumat pengguna (iaitu yang tidak diliputi oleh mana-mana situasi yang diterangkan di atas atau yang tidak diambil tindakan oleh mana-mana ahli komuniti yang mempunyai hak-hak capaian), termasuk sepina, daripada penguat kuasa undang-undang, agensi-agensi kerajaan, peguam, atau pihak ketiga lain mestilah ditujukan kepada jabatan guaman Yayasan Wikimedia melalui legal@wikimedia.org.

Laman-laman berkenaan privasi