Perjanjian kerahsiaan bagi maklumat bukan awam/Bagaimana untuk serta

From Wikimedia Foundation Governance Wiki
This page is a translated version of the page Legal:Confidentiality agreement for nonpublic information/How to sign and the translation is 86% complete.
Outdated translations are marked like this.

Halaman ini melakarkan langkah-langkah yang Anda perlu lakukan untuk menandatangani Perjanjian kerahsiaan untuk maklumat bukan-awam agar mematuhi Polisi mengenai capaian kepada maklumat bukan-awam. Sebagaimana dinyatakan dalam polisi, hal ini merupakan syarat bagi sukarelawan Wikimedia kumpulan khas tertentu yang mempunyai capaian kepada maklumat bukan-awam. Contoh sukarelawan yang perlu menandatangani perjanjian ini termasuk sukarelawan VRT, CheckUser, Pengawas (Oversight), dan Steward.

Latar belakang

Berikutan perbincangan komuniti, Badan Amanah Yayasan Wikimedia meluluskan polisi Capaian pada maklumat bukan umum baru pada 25 April 2014. polisi sebelumnya kekal berkuat kuasa sehingga akhir 2015 apabila proses dimandatkan oleh polisi baru dilaksanakan.

Sukarelawan terbabit dengan polisi ini diberikan dengan notis awal pada 15 September 2015 menyatakan bahawa mereka perlu menandatangani polisi perjanjian kerahsiaan sebelum 15 Disember 2015 untuk mengekalkan capaian mereka pada maklumat bukan awam.

Sukarelawan yang diluluskan bagi capaian pada maklumat bukan awam selepas 15 September 2015 perlu menandatangani perjanjian kerahsiaan sebelum diberikan capaian mereka.

Langkah 1: Cipta satu akaun Phabricator

Bagaimana untuk mencipta akaun Phabricator anda dengan akaun Wikimedia anda. (Inggeris)
Bagaimana untuk mengisi profil Phabricator anda. (Inggeris)
Maklumat lanjut: Bantuan Phabricator di MediaWiki.org

Menandatangani perjanjian kerahsiaan bagi maklumat bukan awam dilakukan dan dijejak menerusi Legalpad pada Phabricator.

Untuk menandatangani perjanjian kerahsiaan, anda perlu membuka akaun Phabricator:

  1. Pastikan anda agreement for nonpublic information/How to sign log masuk di Wikimedia.
  2. Pergi ke laman log masuk Phabricator.
  3. Klik pada butang bunga matahari yang menyatakan "Log masuk atau Daftar - MediaWiki" (Inggeris: "Login or Register - MediaWiki")
  4. Luluskan capaian dengan MediaWiki.org apabila ditanya sedemikian.
  5. Phabricator akan menanyakan anda bagi satu nama pengguna (tidak boleh memasukkan huruf bukan-Latin seperti العَرَبِيةُ atau 中华民族). Seboleh mungkin, sila gunakan nama pengguna Wikimedia Anda. Alamat e-mail juga diperlukan, tetapi tidak akan ditunjukkan kepada para pengguna lain.
  6. Klik pada Profile (kanan atas) > Edit Profile dan tetapkan "Also Known As" ("Juga dikenali sebagai"; contohnya, nama lengkap Anda) bagi memudahkan mencari diri Anda dan mengenal diri anda pada perjanjian ini.

Go to the Phabricator help page on MediaWiki.org for more information on setting up, configuring, and using your Phabricator account.

Langkah 2: Tinjau perjanjian kerahsiaan dalam bahasa asal Anda (jika ada)

Sebelum menandatangani perjanjian kerahsiaan, sila baca perjanjian itu dalam bahasa asal anda untuk memastikan Anda benar-benar memahami apa yang akan anda setujui.

NOTA: Dokumen secara sengaja menyatakan "X tahun" kerana dokumen yang sebenarnya ditandatangani boleh menyatakan 16 tahun atau 18 tahun tergantung pada peran orang yang menandatangani itu. Dokumen pada Legalpad yang ditandatangani oleh sukarelawan mencerminkan usia sebenarnya untuk dokumen tertentu.

Langkah 3: Tandatangani perjanjian kerahsiaan pada "Phabricator"

Untuk menandatangani perjanjian kerahsiaan ini gunakan Legalpad pada Phabricator:

  1. Pastikan Anda log masuk ke dalam Phabricator.
  2. Pergi ke perjanjian yang sesuai pada Legalpad Phabricator:
  3. Semak perjanjian sekali lagi untuk mengesahkan kefahaman anda.
  4. Sahkan nama Anda muncul pada peti "Name", di bawah bahagian "Agree and Sign Document" ("Bersetuju dan Tandatangani Dokumen) di bahagian bawah perjanjian.
  5. Tandakan kotak "Saya bersetuju pada terma diberikan di atas".
  6. Klik pada butang "Tandatangani Dokumen".

Pelengkapan

Selepas perjanjian anda telah diproses oleh Yayasan Wikimedia, the papan notis menjejak perjanjian akan dikemaskini oleh Yayasan Wikimedia menunjukkan bahawa nama pengguna anda telah bersetuju (nama sebenar anda tidak akan disenaraikan).

The VRT users confidentiality agreement for nonpublic information is processed by the VRTS admins. Once your agreement has been processed by the VRTS admins, the noticeboard tracking agreements on the private VRT wiki will be updated by the VRTS admins to indicate that your username has agreed (your real name will not be listed, unless it is also your username).

Terima kasih kerana melengkapkan langkah ini. Anda kini tertakluk di bawah undang-undang pada perjanjian kerahsiaan bagi maklumat bukan awam dan boleh mencapai maklumat bukan awam.