Wikimedia Foundation Privacy Policy

From Wikimedia Foundation Governance Wiki
This page is a translated version of the page Policy:Privacy policy and the translation is 47% complete.
Outdated translations are marked like this.
Wikimedia Foundation Privacy Policy
Ini adalah ringkasan bagi Dasar Privasi. Untuk membaca terma-terma penuh, tatal ke bawah atau klik di sini.
Penafian: Ringkasan ini bukanlah sebahagian daripada Dasar Privasi mahupun sebarang dokumen guaman. Ia sekadar rujukan mudah untuk memahami Dasar Privasi penuh. Anggaplah ia sebagai antara muka mesra pengguna bagi Dasar Privasi kami.

Kerana kami percaya bahawa anda tidak perlu memberikan maklumat peribadi untuk menyertai gerakan pengetahuan bebas, anda boleh:

Kerana kami mahu memahami bagaimana Tapak-Tapak Wikimedia digunakan supaya kami boleh menjadikannya lebih baik untuk anda, kami mengumpulkan sedikit maklumat apabila anda:

Kami komited untuk:

Sedar bahawa:

  • Sebarang kandungan yang anda tambah atau sebarang perubahan yang anda lakukan pada mana-mana Tapak Wikimedia akan tersedia secara terbuka dan kekal.
  • Jika anda menambah kandungan atau melakukan perubahan pada mana-mana Tapak Wikimedia tanpa log masuk, kandungan atau perubahan itu akan dikaitkan secara terbuka dan kekal dengan alamat IP yang digunakan ketika itu dan bukannya nama pengguna.
  • Komuniti penyunting dan penyumbang sukarelawan kami adalah satu badan pengawasan sendiri. Pentadbir-pentadbir tertentu dalam Tapak-Tapak Wikimedia, yang dipilih oleh komuniti, menggunakan alatan yang memberikan mereka capaian terhad pada maklumat bukan awam mengenai sumbangan-sumbangan terkini supaya mereka boleh melindungi Tapak-Tapak Wikimedia dan menguatkuasakan dasar-dasar yang berkaitan.
  • Dasar Privasi ini tidak terpakai pada semua tapak dan perkhidmatan yang dijalankan oleh Yayasan Wikimedia, contohnya tapak atau perkhidmatan yang mempunyai dasar privasinya sendiri (seperti Kedai Wikimedia) atau tapak atau perkhidmatan yang dijalankan oleh pihak ketiga (seperti projek pembangun pihak ketiga di Makmal Wikimedia).
  • Sebagai sebahagian daripada komitmen kami dalam pendidikan dan penyelidikan di seluruh dunia, ada kalanya kami mengeluarkan maklumat awam dan maklumat terkumpul atau bukan peribadi kepada orang awam melalui longgokan data dan set data.
  • Untuk melindungi Yayasan Wikimedia dan pengguna-pengguna lain, jika anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini, anda tidak boleh menggunakan Tapak-Tapak Wikimedia.

Pengenalan

Selamat Datang!

Gerakan Wikimedia adalah berteraskan satu prinsip yang ringkas, tetapi hebat: bersatu teguh, bercerai roboh. Kita tidak boleh bekerja secara kolektif tanpa menghimpunkan, berkongsi, dan menganalisis maklumat mengenai para pengguna kami kerana kami sentiasa mencari jalan baru untuk menjadikan Tapak-Tapak Wikimedia lebih mudah digunakan, lebih selamat, dan lebih bermanfaat.

Kami percaya bahawa pengumpulan dan penggunaan maklumat haruslah diiringi dengan ketelusan. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana Yayasan Wikimedia, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menghoskan Tapak-Tapak Wikimedia, seperti Wikipedia, mengumpul, menggunakan, dan berkongsi maklumat yang kami terima daripada anda melalui penggunaan Tapak-Tapak Wikimedia. Adalah penting bahawa anda memahami bahawa, dengan menggunakan mana-mana Tapak Wikimedia, anda bersetuju dengan pengumpulan, pemindahan, pemprosesan, penyimpanan, pendedahan, dan penggunaan maklumat anda seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Ini bermakna bahawa membaca Dasar ini dengan teliti adalah penting.

Kami percaya bahawa anda tidak perlu memberikan maklumat peribadi untuk menyertai pergerakan pengetahuan percuma. Anda tidak perlu untuk menyediakan perkara-perkara seperti nama sebenar anda, alamat, atau tarikh lahir untuk mendaftar untuk akaun standard atau menyumbang kandungan kepada Laman Wikimedia.

Kami tidak menjual atau menyewa maklumat bukan awam anda, mahupun kami memberikannya kepada orang lain untuk menjual apa-apa. Kami menggunakannya untuk memikirkan bagaimana untuk mencipta Laman Wikimedia yang lebih menarik dan boleh diakses, untuk melihat yang bekerja idea-idea, dan bagi menjadikan pembelajaran dan menyumbang lebih menyeronokkan. Secara ringkasnya: kita menggunakan maklumat ini untuk membuat Laman Wikimedia yang lebih baik untuk anda.

Lagipun, orang-orang seperti andalah, juara pengetahuan bebas, yang membolehkan Tapak-Tapak Wikimedia bukan sahaja wujud, malah membesar dan berkembang maju.

Takrif-Takrif

Kerana semua orang (bukan hanya peguam) harus dapat dengan mudah memahami bagaimana dan mengapa maklumat mereka dikumpul dan digunakan, kita menggunakan bahasa yang sama dan bukannya lebih banyak istilah rasmi sepanjang polisi ini. Untuk memastikan pemahaman anda beberapa terma-terma yang tertentu, di sini adalah jadual terjemahan:


Apabila kami sebut... ... maksud kami:
"Yayasan Wikimedia" / "Yayasan" / "kami" Yayasan Wikimedia, pertubuhan bukan untung yang mengendalikan Tapak-Tapak Wikimedia.
"Tapak-Tapak Wikimedia" / "perkhidmatan kami" Tapak-tapak web dan perkhidmatan Wikimedia (tanpa mengira bahasa), termasuk projek-projek utama kami, seperti Wikipedia dan Wikimedia Commons, begitu juga perisian-perisian mudah alih, API, e-mel, dan pemberitahuan; kecuali tapak-tapak web dan perkhidmatan yang disenaraikan dalam seksyen "Apa Yang Tidak Diliputi Oleh Dasar Privasi Ini" di bawah.
"anda" / "saya" Anda, tanpa mengira sama ada anda adalah seorang individu, sebuah kumpulan, atau sebuah pertubuan, dan tanpa mengira sama ada anda menggunakan Tapak-Tapak Wikimedia atau perkhidmatan kami bagi pihak anda sendiri atau orang lain.
"Dasar ini" / "Dasar Privasi ini" Dokumen ini, bertajuk "Dasar Privasi Yayasan Wikimedia".
"sumbangan" Kandungan yang anda tambah atau perubahan yang anda buat kepada mana-mana Tapak Wikimedia.
"maklumat peribadi" Maklumat yang anda sediakan kepada kami atau maklumat yang kami kumpul daripada anda yang boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda. Sebagai penjelasan, walaupun kami tidak semestinya mengumpul semua jenis maklumat berikut, kami menganggap yang berikut adalah sekurang-kurangnya "maklumat peribadi" jika ia sebaliknya bukan awam dan boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda:
(a) nama sebenar, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, kata laluan, nombor pengenalan diri dalam dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan, alamat IP, maklumat ejen pengguna, nombor kad kredit anda;
(b) apabila dikaitkan dengan satu daripada perkara-perkara dalam subseksyen (a), mana-mana data sensitif seperti tarikh lahir, jantina, haluan seks, asal-usul kaum atau etnik, status perkahwinan atau kekeluargaan, masalah perubatan atau kekurangan upaya, fahaman politik, dan agama; serta
"pihak ketiga" / "pihak-pihak ketiga" Individu, entiti, tapak web, perkhidmatan, produk, dan perisian yang tidak dikawal, diuruskan, atau dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia. Ini termasuklah pengguna Wikimedia lain dan pertubuhan atau kumpulan bebas yang membantu mempromosikan gerakan Wikimedia seperti cawangan Wikimedia, pertubuhan bertema, dan kumpulan pengguna serta sukarelawan, pekerja, pengarah, pegawai, penerima dana, dan kontraktor bagi pertubuhan atau kumpulan itu.


Apa yang Diliputi dan Tidak Diliputi Polisi Privasi Ini

Melainkan yang diterangkan di bawah, Dasar Privasi ini terpakai ketika kami mengumpul dan mengendalikan maklumat tentang anda yang kami terima hasil daripada anda menggunakan mana-mana Tapak-Tapak Wikimedia. Dasar ini juga terpakai pada maklumat yang kami terima daripada rakan kongsi kami atau pihak-pihak ketiga yang lain. Untuk memahami secara lebih lanjut berkenaan apa yang diliputi oleh Dasar Privasi ini, sila lihat di bawah.

Contoh-Contoh Perkara Yang Diliputi Oleh Dasar Privasi Ini

Sebagai penjelasan, Dasar Privasi ini merangkumi, tanpa mengira bahasa:

  • Semua tapak utama kami (dijumpai dalam senarai projek utama), seperti Wikipedia, termasuk laman pengguna, laman perbincangan, dan papan pengumuman.
  • Blog dan API kami (melainkan dasar berasingan bagi perkhidmatan-perkhidmatan tersebut disediakan)
  • Tapak dan perisian versi mudah alih kami, yang mana boleh dijumpai dalam senarai rasmi kami.
  • E-mel, SMS, dan pemberitahuan daripada kami atau yang kami hantar kepada anda.

Walau bagaimanapun, Dasar Privasi ini tidak meliputi sesetengah situasi yang mana kami mungkin mengumpul atau memproses maklumat. Sebagai contoh, sesetengah penggunaan mungkin diliputi oleh dasar-dasar privasi berasingan (seperti dalam Kedai Wikimedia) atau tapak atau perkhidmatan yang dijalankan oleh pihak ketiga (seperti projek-projek pembangun pihak ketiga dalam Makmal Wikimedia). Untuk memahami lebih lanjut mengenai perkara-perkara yang tidak diliputi oleh Dasar Privasi ini, sila lihat di bawah.

Perkara-perkara yang tidak diliputi oleh Dasar Privasi ini

Seksyen ini adalah sebahagian daripada Dasar Privasi dan bertujuan untuk menjelaskan secara lebih terperinci mengenai situasi-situasi yang tidak diliputi oleh Dasar Privasi ini.

Tapak-Tapak Wikimedia dengan dasar alternatif
Sesetengah tapak web Yayasan Wikimedia mempunyai dasar privasi alternatif atau peruntukan-peruntukan yang berbeza dengan Dasar Privasi in. Tapak-tapak web ini termasuklah:
Tapak-tapak web ini, dan seumpamanya, akan menyediakan sebuah pautan kepada dasar privasinya (jika bermandiri) atau kepada penjelasan mengenai peruntukan-peruntukan yang berlainan (jika dasar tapak web itu adalah berdasarkan Dasar Privasi ini).
Ahli-ahli komuniti
Tapak-Tapak Wikimedia adalah hasil usaha sama kolaboratif yang sentiasa dipelihara dan dikemas kini oleh komuniti sukarelawan global. Hasilnya, sesetengah sukarelawan mempunyai capaian kepada maklumat bukan awam tertentu, dan penggunaan maklumat itu mungkin tidak berpandukan Dasar Privasi ini. Contohnya:
  • Sukarelawan pentadbiran, umpamanya Pemeriksa atau Pengelola. Mereka adalah sukarelawan yang menguatkuasakan dasar-dasar Tapak Wikimedia dan menjamin keselamatan Tapak-Tapak Wikimedia. Apabila pentadbir-pentadbir ini mencapai maklumat bukan awam, mereka dikehendaki supaya mematuhi Dasar Capaian Kepada Maklumat Bukan Awam, begitu juga dasar-dasar yang spesifik bagi alat lainnya.
  • Pembekal alat. Kami menyokong platform untuk pembangun pihak ketiga supaya mereka dapat menguji kaji dan membangunkan alatan dan tapak-tapak web baharu, umpamanya [[[:mw:Special:MyLanguage/Wikimedia Cloud Services|wmflabs.org]] wmflabs.org]. Apabila anda menggunakan satu daripada alatan yang dibangunkan oleh sukarelawan ini, anda boleh memindahkan maklumat kepada mereka. Apabila sukarelawan ini mencapai maklumat bukan awam, mereka dikehendaki supaya mematuhi terma-terma yang mentadbir platform tertentu yang mana alat tersebut disediakan.
  • Penguna lain. Kami menyediakan beberapa alatan yang membolehkan para pengguna berhubung sesama sendiri. Perhubungan tersebut diliputi oleh Dasar ini apabila dibuat melalui sistem-sistem kami, akan tetapi pengguna yang menerima perhubungan ini, dan apa yang dibuat dengan perhubungan tersebut sebaik sahaja ia diterima, tidak diliputi ileh Dasar ini. Contohnya:
    • kiriman kepada senarai e-mel yang dihoskan oleh Yayasan;
    • memohon sokongan daripada sukarelawan melalui sistem tiket dalam talian kami (e-mel yang dikirim kepada info[at]wikimedia.org ditujukan kepada sistem ini);
    • mengirim e-mel kepada pengguna lain melalui Tapak-Tapak Wikimedia (sebagai contoh, dengan menggunakan ciri "Kirim e-mel kepada pengguna ini"); dan
    • bersembang maya dalam IRC (umpamanya dalam saluran #wikipedia).
Pihak ketiga
Dasar Privasi ini hanya meliputi cara-cara Yayasan Wikimedia mengumpul dan mengendalikan maklumat. Pihak ketiga yang mungkin menerima maklumat apabila anda menggunakan Tapak-Tapak Wikimedia termasuklah:
  • Tapak web yang dijalankan oleh pertubuhan lain, seperti tapak web yang dipaut daripada bahagian Rujukan dalam Wikipedia, atau yang dijalankan oleh mana-mana cawangan Wikiepdia atau pertubuhan gerakan lain. Pertubuhan-pertubuhan ini boleh menerima maklumat daripada anda jika anda mengunjungi tapak web mereka selepas menggunakan mana-mana Tapak Wikimedia. Tapak web tersebut ditadbir oleh dasar privasinya sendiri.
  • Perisian mudah alih yang disediakan oleh pertubuhan atau individu lain. Pertubuhan atau individu ini boleh menerima maklumat daripada anda jika anda menggunakan perisiannya untuk mencapai Tapak-Tapak Wikimedia atau kandungan Tapak Wikimedia. Perisian tersebut ditabdir oleh dasar privasinya sendiri.

Alatan pengumpul data pihak ketiga yang diletakkan dalam Tapak-Tapak Wikimedia oleh sukarelawan atau pihak ketiga lain. Kadangkala, sukarelawan boleh meletakkan alat pengumpul data, umpamanya skrip, gajet, piksel penjejak, atau butang kongsi, dalam sebuah Tapak Wikimedia di luar pengetahuan kami. Dasar ini tidak meliputi bagaimana pihak ketiga mengendalikan maklumat yang mereka terima melalui alat tersebut. Sekiranya anda menjumpai alat pihak ketiga sedemikian, dan anda mempercayainya melanggar Dasar ini, anda boleh membuang alat itu sendiri, atau melaporkannya kepada privacy[at]wikimedia.org supaya kami boleh melakukan siasatan.

Jika dasar-dasar komuniti mengawal maklumat, umpamanya dasar Pemeriksa, komuniti yang berkenaan boleh menambah peraturan dan kewajipan yang ditetapkan dalam Dasar ini. Namun begitu, mereka tidak dibenarkan mengadakan pengecualian baharu atau sebaliknya mengurangkan perlindungan yang ditawarkan oleh Dasar ini.

Penggunaan maklumatnya

Jenis-Jenis Maklumat Yang Kami Terima Daripada Anda, Bagaimana Kami Mendapatkannya, & Bagaimana Kami Menggunakannya

Sumbangan-Sumbangan Awam Anda

Setiap kali anda membuat sumbangan kepada mana-mana Tapak Wikimedia, termasuklah pada laman pengguna atau perbincangan, anda mewujudkan rekod awam yang kekal bagi setiap cebisan kandungan yang anda tambah, buang, atau ubah. Sejarah laman tersebut akan memaparkan bila sumbangan atau penghapusan anda dibuat, dan juga nama pengguna anda (jika anda telah log masuk) atau alamat IP anda (jika anda tidak log masuk). Kami boleh menggunakan sumbangan-sumbangan awam anda, sama ada yang terkumpul bersama sumbangan-sumbangan awam orang lain atau secara individu, untuk mewujudkan ciri-ciri baru atau produk-produk berkaitan data untuk anda atau untuk mempelajari tentang bagaimana Tapak-Tapak Wikimedia digunakan.

Publicly Visible Information

Melainkan yang dinyatakan sebaliknya oleh Dasar ini, anda sepatutnya menganggap bahawa maklumat yang anda sumbangkan secara aktif kepada Tapak-Tapak Wikimedia, termasuklah maklumat peribadi, boleh dilihat secara terbuka dan boleh ditemui melalui enjin carian. Seperti kebanyakan benda di Internet, segala yang anda kongsikan boleh disalin dan diedarkan semula ke seluruh Internet oleh orang lain. Sila jangan sumbangkan apa-apa maklumat yang tidak anda senangi jika dijadikan terbuka secara kekal, umpamanya mendedahkan nama sebenar atau lokasi anda dalam sumbangan anda.

Anda sepatutnya sedar bahawa data tertentu yang anda jadikan terbuka atau data terkumpul yang kami jadikan terbuka boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk dianalisis dan menduga maklumat tentang pengguna, contohnya negara asal pengguna, fahaman politik, dan jantina.

Maklumat & Pendaftaran Akaun

Mahu membuka akaun? Bagus! Tidak mahu membuka akaun? Tiada masalah!

Anda tidak diwajibkan membuka akaun atau membaca atau menyumbang kepada mana-mana Tapak Wikimedia, kecuali pada keadaan-keadaan yang jarang berlaku. Walau bagaimanapun, jika anda menyumbang tanpa log masuk, sumbangan anda akan diiktiraf secara awam dengan alamat IP yang dikaitkan dengan peranti anda.

Sekiranya anda ingin membuka sebuah akaun standard, dalam kebanyakan kes kami hanya menghendaki nama pengguna dan kata laluan. Nama pengguna anda akan dapat dilihat secara awam, jadi sila berhati-hati daripada menggunakan nama sebenar anda sebagai nama pengguna anda. Kata laluan anda hanya digunakan untuk mengesahkan bahawa akaun itu milik anda. Alamat IP anda juga diserahkan secara automatik kepada kami, dan kami merekodkannya buat sementara untuk membantu mencegah penyalahgunaan. Tiada maklumat peribadi lain diperlukan: tiada nama, tiada alamat e-mel, tiada tarikh lahir, tiada maklumat kad kredit.

More on Usernames

Your username will be publicly visible, so please be careful about revealing your real name or other Personal Information in your username. Your password is only used to verify that the account is yours. Your IP address is also automatically submitted to us, and we record it temporarily. This is to protect Wikimedia users and project content; in the event of abuse, IP addresses may be associated with usernames as part of an investigation. No other Personal Information is required: no name, no email address, no date of birth, and no credit card information.

Sebaik sahaja akaun pengguna dibuka, ia tidak boleh dibuang sepenuhnya (namun anda biasanya boleh menyembunyikan maklumat dalam laman pengguna anda jika anda mahu). Ini kerana sumbangan awam anda mestilah dikaitkan dengan pengarangnya (anda!). Jadi pastikan bahawa anda memilih nama yang anda senangi untuk jangka masa lama.

Untuk memperoleh pemahaman yang lebih baik berkenaan demografi para pengguna kami, untuk menyetempatkan perkhidmatan kami, dan untuk mempelajari bagaimana kami boleh meningkatkan perkhidmatan kami, kami boleh menanyakan maklumat demografi daripada anda, seperti jantina atau umur, mengenai diri anda. Kami akan memberitahu anda jika maklumat tersebut akan dijadikan awam atau sulit, supaya anda boleh membuat keputusan mengenai sama ada anda mahu memberi maklumat itu kepada kami. Pemberian maklumat tersebut semestinya tidak wajib. Jika anda enggan, maka tidak mengapa.

Maklumat Lokasi

GPS & Teknologi Lokasi Lain

Jika anda bersetuju, kami boleh menggunakan GPS (dan teknologi-teknologi lain yang biasa digunakan untuk menentukan lokasi) untuk memaparkan kandungan yang lebih relevan untuk anda. Kami rahsiakan sebarang maklumat yang diperoleh dengan teknologi-teknologi ini, kecuali yang diperuntukkan dalam Dasar ini. Anda boleh mempelajari secara lebih lanjut dengan memeriksa senarai contoh atau cara-cara kami menggunakan teknologi-teknologi ini dalam Soalan-Soalan Lazim kami.

Metadata

Kadangkala, kami boleh menerima data lokasi secara automatik daripada peranti anda. Sebagai contoh, jika anda ingin memuat naik sekeping gambar menggunakan perisian mudah alih Wikimedia Commons, kami boleh menerima metadata, umpamanya tempat dan masa gambar itu diambil, secara automatik daripada peranti anda. Sila ambil perhatian bahawa, tidak seperti maklumat lokasi yang dikumpul menggunakan isyarat GPS seperti yang diterangkan di atas, tetapan lalai dalam peranti mudah ahli anda biasanya menyebabkan metadata disertakan bersama gambar atau video yang dimuat naik kepada Tapak-Tapak WIkimedia. Jika anda tidak mahu metadata itu dihantar kepada kami dan dijadikan awam ketika proses muat naik, sila ubah tetapan dalam peranti anda.

Alamat IP

Akhir sekali, apabila anda mengunjungi mana-mana Tapak Wikimedia, kami menerima alamat IP peranti (atau pelayan proksi) yang anda gunakan untuk mencapai Internet secara automatik, yang mana boleh digunakan untuk menduga lokasi geografi anda.

Maklumat Berkaitan Dengan Perbuatan Anda Menggunakan Tapak-Tapak Wikimedia

Kami mahu menjadikan Tapak-Tapak Wikimedia lebih baik untuk anda dengan mempelajari lebih lanjut mengenai bagaimana anda menggunakannya. Contohnya termasuklah kekerapan anda mengunjungi Tapak-Tapak Wikimedia, apa yang anda gemari, apa yang anda dapati berguna, bagaimana anda sampai ke Tapak-Tapak Wikimedia, dan sama ada anda lebih cenderung menggunakan satu ciri berguna jika kami menerangkannya dengan cara berlainan. Kami juga mahu Dasar ini dan amalan kami mencerminkan nilai-nilai murni komuniti kita. Justeru, kami memastikan bahawa maklumat berkenaan perbuatan anda menggunakan Tapak-Tapak Wikimedia adalah rahsia, kecuali yang dinyatakan dalam Dasar ini.

Maklumat Yang Kami Terima Secara Automatik

Oleh sebab cara pelayar berfungsi dan sama dengan tapak-tapak web besar lain, kami menerima sedikit maklumat secara automatik apabila anda mengunjungi Tapak-Tapak Wikimedia. Maklumat ini mengandungi jenis peranti yang anda gunakan (mungkin mengandungi nombor pengenalan diri peranti unik, bagi sesetengah versi perisian mudah alih kami), jenis dan versi pelayar anda, keutamaan bahasa pelayar anda, jenis dan versi sistem pengendalian peranti anda, dalam sesetengah kes nama pembekal perkhidmatan Internet atau pembawa selular anda, tapak web yang merujukkan anda kepada Tapak-Tapak Wikimedia, laman yang diminta dan dikunjungi, serta tarikh dan waktu bagi setiap permintaan yang dibuat kepada Tapak-Tapak Wikimedia.

Secara ringkasnya, kami menggunakan maklumat ini untuk mempertingkatkan pengalaman anda dengan Tapak-Tapak Wikimedia. Sebagai contoh, kami menggunakan maklumat ini untuk mentadbir tapak-tapak ini, menyediakan keselamatan lebih ketat, dan membasmi vandalisme; mengoptimumkan perisian-perisian mudah alih, menyesuaikan kandungan dan menetapkan keutamaan bahasa, menguji ciri-ciri untuk melihat apa yang berjaya, dan meningkatkan prestasi; memahami bagaimana para pengguna berinteraksi dengan Tapak-Tapak Wikimedia, menjejak dan mengkaji penggunaan ciri, memperoleh pemahaman terhadap demografi Tapak-Tapak Wikimedia berlainan, dan menganalisis trend.

Maklumat Yang Kami Kumpul

Kami mengumpul secara aktif beberapa jenis maklumat menggunakan pelbagai teknologi yang biasa digunakan, amnya piksel penjejak, JavaScript, dan pelbagai teknologi "data storan tempatan", seperti kuki and storan tempatan. Kami sedar bahawa sesetengah teknologi ini tidaklah mempunyai reputasi yang terbaik dan boleh digunakan untuk tujuan yang tidak murni. Oleh itu, kami mahu menerangkan sejelas mungkin tentang tujuan kaedah-kaedah ini digunakan dan jenis-jenis maklumat yang dikutip melaluinya.

Bergantung pada teknologi yang kami gunakan, data storan tempatan boleh jadi teks, gambar, dan rencana penuh (sebagaimana yang kami terangkan secara lebih lanjut di bawah) hingga maklumat peribadi (seperti alamat IP anda) dan maklumat berkaitan penggunaan Tapak-Tapak Wikimedia (seperti nama pengguna anda atau masa kunjungan anda).

Kami menggunakan maklumat ini untuk menjadikan pengalaman anda dengan Tapak-Tapak Wikimedia lebih selamat dan lebih baik, untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang keutamaan pengguna serta interaksi mereka dengan Tapak-Tapak Wikimedia, dan amnya untuk meningkatkan perkhidmatan kami. Kami tidak akan menggunakan kuki pihak ketiga, melainkan kami mendapatkan kebenaran daripada anda untuk berbuat demikian. Sekiranya anda menjumpai sebarang alat pengumpulan data pihak ketiga yang tidak diberi kuasa (seperti alat yang mungkin disalah letak oleh pengguna atau pentadbir lain), sila laporkannya kepada kami melalui privacy@wikimedia.org.

More on Locally Stored Data

Data storan tempatan, JavaScript, dan piksel penjejak membantu kami melakukan perkara-perkara seperti:

  • Menyediakan pengalaman peribadi kepada anda, seperti menggunakan kuki untuk mengetahui keutamaan bahasa anda, mengingati keutamaan pengguna yang anda tetapkan supaya kami boleh menyediakan rupa dan rasa yang sesuai seperti yang anda inginkan, dan memberitahu anda mengenai isu-isu dan peristiwa-peristiwa Wikimedia menarik di kawasan anda.
  • Menyampaikan kandungan yang lebih relevan kepada anda dengan lebih pantas. Sebagai contoh, kami boleh mengguakan storan tempatan untuk menyimpan rencana-rencana yang baru dibaca secara langsung dalam peranti anda, supaya ia boleh didapatkan semula dengan pantas. Juga, kami boleh menggunakan kuki untuk mempelajari tentang topik-topik yang dicari supaya kami boleh mengoptimumkan hasil carian yang disampaikan kepada anda.
  • Memahami bagaimana anda menggunakan Tapak-Tapak Wikimedia, supaya kami tahu apa yang berjaya dan apa yang berguna. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan kuki untuk mempelajari tentang senarai rencana yang anda ikuti dalam senarai pantau anda supaya kami boleh mencadangkan rencana-rencana yang seumpamanya yang anda mungkin berminat.
  • Memahami bagaimana anda menggunakan Tapak-Tapak Wikimedia serata peranti berlainan, supaya kami boleh menjadikan Tapak-Tapak Wikimedia yang pelbagai lebih cekap dan berkesan untuk anda.
  • Menjadikan Tapak-Tapak Wikimedia lebih mudah untuk digunakan, seperti menggunakan kuki untuk mengekalkan sesi anda apabila anda log masuk atau untuk mengingati nama pengguna anda dalam medan log masuk.

Ingin mengetahui secara lebih lanjut? Anda boleh membaca lagi tentang beberapa kuki khusus yang kami gunakan, tempoh tamat, dan tujuannya dalam Soalan-Soalan Lazim kami.

Kami percaya bahawa pengumpulan data ini membantu meningkatkan pengalaman pengguna anda, namun anda boleh membuang atau mematikan sesetengah atau semua data storan tempatan melalui tetapan pelayar anda, bergantung pada pelayar yang anda gunakan. Anda boleh mempelajari secara lebih lanjut mengenai beberapa pilihan yang ada dalam Soalan-Soalan Lazim kami. Walaupun data storan tempatan tidak diperlukan untuk menggunakan tapak-tapak kami, sesetengah ciri mungkin tidak akan berfungsi dengan betul sekiranya anda mematikan data storan tempatan.

Walaupun contoh-contoh di atas berkenaan dengan maklumat tentang anda yang dikumpul melalui penggunaan alatan pengumpulan data dirahsiakan dengan cara yang sejajar dengan Dasar ini, sila ambil perhatian bahawa sesetengah maklumat mengenai tindakan-tindakan yang diambil menggunakan nama pengguna anda dijadikan awal melalui log-log awam bersama tindakan yang diambil oleh pengguna lain. Sebagai contoh, sebuah log awam mungkin menyertakan tarikh pembukaan akaun anda dalam sebuah Tapak Wikimedia bersama dengan tarikh pembukaan akaun lain.

E-mel

General

Anda mempunyai pilihan untuk memberi alamat e-mel ketika pendaftaran atau interaksi berikutnya dengan Tapak-Tapak Wikimedia. Apabila anda berbuat demikian, alamat e-mel anda dirahsiakan, kecuali yang diperuntukkan dalam Dasar ini. Kami tidak menjual, menyewakan, atau menggunakan alamat e-mel anda untuk mengiklankan produk-produk atau perkhidmatan pihak ketiga kepada anda.

Operating the Wikimedia Sites, sharing your contributions and administering our Services.

Kami menggunakan alamat e-mel anda untuk memaklumkan kepada anda mengenai perkara-perkara yang berlaku dalam Yayasan ini, Tapak-Tapak Wikimedia, atau gerakan Wikimedia, seperti memberitahu anda maklumat penting mengenai akaun anda, memaklumkan kepada anda mengenai sebarang perubahan kepada Tapak-Tapak Wikimedia atau dasar-dasarnya, dan memberi peringatan kepada anda sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada rencana yang anda ikuti. Sila ambil perhatian bahawa jika menghantar e-mel kepada kami, kami boleh menyimpan pesanan, alamat e-mel anda, dan apa-apa maklumat yang anda berikan kepada kami, supaya kami boleh memprosesnya dan melayan permintaan anda.

We engage in these activities to manage our relationship with you, because we have a legitimate interest and/or to comply with our legal obligations.

Providing customized Services.
  • To provide to you custom content, notices and settings and to enhance your experience with the Wikimedia Sites.

We will customize the Services, in some instances, with your consent; or in keeping with our legitimate interest.

Sending emails with news updates and communications about items we believe may be of interest to you.
  • To let you know about things that are happening with the Wikimedia Foundation, the Wikimedia Sites or the Wikimedia movement.
  • To alert you when there has been a change to an article that you have decided to follow.

We will send these types of emails to you only with your consent except as otherwise permitted by applicable law. We do not sell, rent, or use your email address to advertise third-party products or services to you. You can manage what kinds of notifications you receive and how often you receive them by going to your Notifications Preferences and User profile. You can learn more about email and notifications and how to change your preferences in our FAQ.

Sending optional surveys and requesting feedback.

We will always tell you, at the time we give you an opportunity to share your thoughts, how we plan on using your answers and any Personal Information you provide.

Your responses to our surveys and feedback requests are always optional. We will email these types of requests to you only with your consent except as otherwise permitted by applicable law. You can manage what kinds of notifications you receive and how often you receive them by going to your Notifications Preferences and User profile. You can learn more about email and notifications and how to change your preferences in our FAQ.

Improving the Wikimedia Sites and making your user experience safer and better.
  • To use your public contributions, either aggregated with the public contributions of others or individually, to create new features or data-related products for you or to learn more about how the Wikimedia Sites are used.
  • To fight spam, identity theft, malware and other kinds of abuse.
  • To optimize mobile and other applications.
  • To test features to see what works, understand how users interact with the Wikimedia Sites, track and study use of various features, gain understanding about the demographics of the different Wikimedia Sites and analyze trends.

We engage in these activities to further our legitimate interest and/or to comply with our legal obligations.

Lain-lain

Location information

GPS & Other Location Technologies

As stated above, we can use commonly-used location technologies to show you more relevant content. For example, our mobile apps can identify articles from the Wikimedia sites about points of interest near your location. As a reminder, you can consent to and/or deactivate our access to these location technologies at any time for example through the native OS functionalities on your mobile device, and still use the Wikimedia Sites.

Metadata

As stated above, we may automatically receive location data from your device. For example, if you upload a photo using the Wikimedia Commons mobile app, please be aware that the default setting on your mobile device typically results in the metadata associated with your photo being included in the upload. As a reminder, if you do not want metadata sent to us and made public at the time of your upload, please change your settings on your device.

IP Addresses

When you visit any Wikimedia Site, we automatically receive the IP address of the device (or your proxy server) you are using to access the Internet, which could be used to infer your geographical location. We keep IP addresses confidential, except as provided in this Policy. If you are visiting Wikimedia Sites with your mobile device, we may use your IP address to provide anonymized or aggregated information to service providers regarding the volume of usage in certain areas.

We use this location information to make your experience with the Wikimedia Sites safer and better, to gain a greater understanding of user preferences and their interaction with the Wikimedia Sites, and to generally improve our services. For example, we use this information to provide greater security, optimize mobile applications, and learn how to expand and better support Wikimedia communities. We also use Personal Information in the manner described in the sections of this Policy titled "For Legal Reasons" and "To Protect You, Ourselves & Others."

Perkongsian

Bilakah Kami Boleh Berkongsi Maklumat Anda?

Dengan Izin Anda

Kami boleh berkongsi maklumat anda untuk tujuan tertentu, jika anda setuju. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dalam senarai contoh dalam Soalan-Soalan Lazim kami.

Atas Sebab Undang-Undang

Kami boleh mencapai, menyimpan, atau mendedahkan maklumat peribadi anda jika kami percaya diperlukan untuk memenuhi waran, sepina, perintah mahkamah, undang-undang atau peraturan, atau perintah kehakiman atau pentadbiran lain yang sah dan boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang. Walau bagaimanapun, jika kami percaya bahawa permintaan tertentu untuk mendedahkan maklumat pengguna tidak sah di sisi undang-undang atau penyalahgunaan sistem perundangan dan pengguna yang terbabit tidak berniat membantah pendedahan itu sendiri, kami akan cuba sedaya upaya untuk membantahnya. Kami adalah komited untuk memaklumkan anda melalui e-mel dalam sekurang-kurangnya sepuluh (10) hari kalendar, kalau boleh, sebelum kami mendedahkan maklumat peribadi anda sebagai respons terhadap sebarang tuntutan undang-undang. Walau bagaimanapun, kami boleh hanya menyediakan notis jika kami tidak dilarang oleh undang-undang untuk menghubungi anda, tiada ancaman yang diyakini terhadap nyawa atau anggota badan yang diwujudkan atau ditingkatkan dengan mendedahkan tuntutan itu, dan anda telah menyediakan alamat e-mel kepada kami.

Tiada apa-apa dalam Dasar Privasi ini yang bertujuan untuk mengehadkan sebarang bantahan atau pembelaan undang-undang yang anda ada terhadap permintaan pihak ketiga (sama ada sivil, jenayah, atau kerajaan) untuk mendedahkan maklumat anda. Kami menyarankan supaya anda mendapatkan nasihat peguam dengan segera sekiranya terdapat permintaan tersebut yang melibatkan anda.

Untuk maklumat lanjut, lihat Soalan-Soalan Lazim Sepina kami.

Apabila Pertubuhan Ini Dipindah Milik (Sangat Tidak Mungkin!)

Sekiranya berlaku pertukaran milik kesemua atau sebahagian besar daripada Yayasan ini, atau kami mengalami penyusunan semula (seperti penggabungan, penyatuan, atau pengambilalihan), kami akan berterusan memastikan maklumat peribadi anda rahsia, kecuali yang diperuntukkan dalam Dasar ini, dan menyediakan notis kepada anda melalui Tapak-Tapak Wikimedia dan pemberitahuan dalam WikimediaAnnounce-L atau senarai mel seumpamanya dalam sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari kalendar sebelum sebarang maklumat peribadi dipindahkan atau menjadi tertakluk pada dasar privasi lain.

Untuk Melindungi Anda, Diri Kami & Orang Lain

Kami, atau pengguna-pengguna tertentu yang mempunyai hak-hak pentadbiran tertentu seperti yang diterangkan di bawah, boleh perlu berkongsi maklumat peribadi anda jika semunasabahnya dipercayai diperlukan untuk menguatkuasakan atau menyiasat kemungkinan pelanggaran Terma-Terma Penggunaan kami, Dasar Privasi ini, atau mana-mana dasar Yayasan ini atau berdasarkan komuniti pengguna. Kami juga boleh perlu mencapai dan berkongsi maklumat untuk menyiasat dan mempertahankan diri kami daripada sebarang ancaman atau tindakan undang-undang.

Tapak-Tapak Wikimedia adalah kolaboratif, dengan para penggunanya yang menulis kebanyakan dasar dan melantik dalam kalangan mereka orang-orang yang memegang hak-hak pentadbiran tertentu. Hak-hak ini boleh mengandungi capaian kepada bilangan terhad maklumat bukan awam berkenaan sumbangan terkini dan kegiatan pengguna-pengguna lain. Mereka menggunakan capaian ini untuk membantu mencegah vandalisme dan penyalahgunaan, melawan gangguan daripada pengguna lain, dan amnya mencuba untuk mengurangkan kelakuan yang menimbulkan gangguan pada Tapak-Tapak Wikimedia. Kumpulan-kumpulan pentadbiran terpilih yang pelbagai ini mempunyai garis panduan privasi dan kerahsiaan masing-masing, namun semua kumpulan tersebut sepatutnya bersetuju untuk mematuhi Dasar Capaian Kepada Maklumat Bukan Awam kami. Kumpulan-kumpulan pentadbiran yang terpilih ini dipertanggungjawabkan kepada pengguna-pengguna lain melalui sekatan dan imbangan: pengguna dipilih melalui proses yang dipandu komuniti dan dipantau oleh rakan-rakan sebaya melalui catatan sejarah tindakan mereka. Walau bagaimanapun, nama sebenar pengguna-pengguna ini tidak diketahui oleh Yayasan Wikimedia.

Kami berharap ini tidak akan berlaku, namun kami boleh mendedahkan maklumat peribadi anda jika dipercayai perlu untuk mencegah kemudaratan serius pada tubuh badan atau kematian pada seseorang, atau untuk melindungi pertubuhan, pekerja, kontraktor, pengguna kami, atau orang ramai. Kami juga boleh mendedahkan maklumat peribadi anda jika dipercayai perlu untuk mengesan, mencegah, atau sebaliknya menilai dan menangani kemungkinan spam, perisian perosak, penipuan, penyalahgunaan, kegiatan melanggar undang-undang, dan masalah-masalah keselamatan atau teknikal. (Periksa senarai contoh dalam Soalan-Soalan Lazim kami untuk maklumat lanjut.)

Kepada Pembekal-Pembekal Perkhidmatan Kami

Walaupun kami berusaha sedaya upaya kami, kami tidak mampu melakukan kesemuanya. Oleh itu kami kadangkala menggunakan pembekal perkhidmatan atau kontraktor pihak ketiga yang membantu menjalankan atau meningkatan Tapak-Tapak Wikimedia untuk anda dan pengguna-pengguna lain. Kami boleh memberi capaian kepada maklumat peribadi anda kepada pembekal atau kontraktor ini sebagaimana perlu untuk menunaikan perkhidmatan mereka kepada kami atau untuk menggunakan alatan dan perkhidmatan mereka. Kami mengemukakan syarat-syarat, seperti perjanjian kerahsiaan, untuk membantu memastikan pembekal-pembekal perkhidmatan ini mengendalikan maklumat anda dengan cara yang sejajar dengan, dan tidak kurang melindungi privasi anda daripada, prinsip-prinsip dalam Dasar ini. (Periksa senara contoh dalam Soalan-Soalan Lazim kami.)

If you are visiting Wikimedia Sites with your mobile device, we use your IP address to provide anonymized or aggregated information to service providers regarding the volume of usage in certain areas.

Some of our service providers ask us to post links to their privacy policies; a list of these service providers and links to their policies can be found on this page.

Untuk Memahami & Menguji Kaji

Perisian sumber terbuka yang menguasakan Tapak-Tapak Wikimedia bergantung pada sumbangan para pembangun perisian sukarelawan, yang meluangkan masa menulis dan menguji kod untuk membantu meningkatkannya dan mengembangkannya mengikut keperluan para pengguna kami. Untuk memudahkan kerja mereka, kami boleh memberikan para pembangun capaian terhad kepada sistem-sistem yang mengandungi maklumat peribadi anda, akan tetapi hanya sebanyak yang diperlukan untuk mereka membangunkan dan menyumbang kepada Tapak-Tapak Wikimedia.

Begitu juga kami boleh berkongsi maklumat bukan peribadi atau teragregat dengan penyelidik, cendekiawan, ahli akademik, dan pihak ketiga lain yang berminat yang ingin mengkaji Tapak-Tapak Wikimedia. Perkongsian maklumat ini membantu mereka memahami statistik serta corak penggunaan, tontonan, dan demografik. Mereka kemudiannya boleh berkongsi penemuan mereka dengan kami dan para pengguna kami supaya kita semua boleh memahami secara lebih baik dan meningkatkan Tapak-Tapak Wikimedia.

Apabila kami berikan capaian kepada maklumat peribadi kepada pembangun atau penyelidik pihak ketiga, kami mewujudkan keperluan-keperluan, seperti perlindungan-perlindungan teknikal dan berkontrak yang munasabah, untuk membantu memastikan bahawa pembekal-pembekal perkhidmatan ini mengendalikan maklumat anda dengan cara yang sejajar dengan prinsip-prinsip Dasar ini dan selaras dengan arahan-arahan kami. Jika pembangun atau penyelidik ini kemudiannya menyiarkan karya atau penemuan mereka, kami meminta supaya mereka tidak mendedahkan maklumat peribadi anda. Sila ambil perhatian bahawa, walaupun kami mengenakan kejawipan pada pembangun dan penyelidik, kami tidak menjamin bahawa mereka akan mematuhi perjanjian kami, begitu juga kami tidak menjamin bahawa kami akan sentiasa memeriksa atau mengaudit projek mereka. (Anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang pengenalan semula dalam Soalan-Soalan Lazim kami.)

Kerana Anda Jadikannya Awam

Sebarang maklumat yang anda poskan secara awam dalam Tapak-Tapak Wikimedia semestinya itu – awam. Sebagai contoh, jika anda letakkan alamat surat-menyurat anda dalam laman perbincangan anda, itu adalah awam, dan tidak dilindungi oleh Dasar ini. Dan jika anda menyunting tanpa mendaftar atau melog masuk akaun anda, alamat IP anda akan dapat dilihat oleh orang ramai. Sila fikir dengan teliti mengenai tahap keanoniman yang anda kehendaki sebelum anda dedahkan maklumat peribadi dalam laman pengguna anda atau laman lain.

Perlindungan

Bagaimanakah Kami Melindungi Data Anda?

Kami berjuang untuk melindungi maklumat anda daripada capaian, penggunaan, atau pendedahan yang tidak dibenarkan. Kami menggunakan pelbagai langkah fizikal dan teknikal, dasar, serta tatacara (seperti tatacara kawalan capaian, tembok api rangkaian, dan keselamatan fizikal) yang direka untuk melindungi sistem-sistem kami dan maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, tiada pemindahan data atau storan yang selamat sepenuhnya, jadi kami tidak dapat menjamin bahawa sistem keselamatan kami tidak akan dicerobohi (melalui langkah-langkah teknikal atau pelanggaran dasar-dasar dan tatacara-tatacara kami).

We will never ask for your password by email (but may send you a temporary password via email if you have requested a password reset). If you ever receive an email that requests your password, please let us know by sending it to privacy@wikimedia.org, so we can investigate the source of the email.

Berapa Lamakah Kami Menyimpan Data Anda?

Sebaik sahaja kami menerima maklumat peribadi daripada anda, kami menyimpannya dalam masa yang sesingkat mungkin yang sejajar dengan pemeliharaan, pemahaman, dan peningkatan Tapak-Tapak Wikimedia, dan dengan kewajipan kami di bawah undang-undang Amerika Syarikat yang berkenaan. Maklumat bukan peribadi boleh dikekalkan sampai bila-bila. (Periksa senarai contoh dalam Soalan-Soalan Lazim kami.)

Sila ingat bahawa sesetengah maklumat tertentu dikekalkan dan dipaparkan sampai bila-bila, seperti alamat IP anda (jika anda menyunting tanpa melog masuk) dan sebarang sumbangan awam kepada Tapak-Tapak Wikimedia.

Your rights

For information about how you may request removal of your Personal Information, or other rights you may have with respect to your Personal Information, see our FAQ. If you would like to request to access, update or restrict/object to the processing of Personal Information, or receive a copy of your Personal Information for purposes of transmitting it to another organization, you may Contact Us. We will respond to your request consistent with applicable law.

Please note also that you may be able to exercise some of these rights without our intervention. For example, if you are a registered user, you can access and update some Personal Information in your Preferences, as well as download your user account data. You may also manage what kinds of notifications you receive and how often you receive them by going to your Notifications Preferences.

Maklumat penting

Untuk melindungi Yayasan Wikimedia dan pengguna-pengguna lain, jika anda tidak bersetuju dengan Dasar Privasi ini, anda tidak boleh menggunakan Tapak-Tapak Wikimedia.

Di Manakah Yayasan Ini & Apakah Ertinya Bagi Saya?

Yayasan Wikimedia ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang berpangkalan di San Fransisco, California, dengan komputer pelayan dan pusat data yang terletak di Amerika Syarikat. Jika anda memutuskan untuk menggunakan Tapak-Tapak Wikimedia, sama ada dari dalam atau luar Amerika Syarikat, anda bersetuju dengan pengumpulan, pemindahan, penyimpanan, pemprosesan, pendedahan, dan penggunaan-penggunaan lain akan maklumat anda di Amerika Syarikat seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Anda juga bersetuju dengan pemindahan maklumat anda oleh kami dari Amerika Syarikat ke negara-negara lain, yang mana mungkin mempunyai undang-undang perlindungan data yang berlainan atau kurang ketat berbanding negara anda, berhubungan dengan penyediaan perkhidmatan kepada anda.

Respons Kami Terhadap Isyarat Jangan Jejak (DNT)

Kami amat komited untuk tidak berkongsi maklumat bukan awam dengan pihak ketiga. Terutamanya, kami tidak membenarkan penjejakan oleh tapak web pihak ketiga yang anda tidak pernah kunjungi (termasuk perkhidmatan analitis, rangkaian pengiklanan, dan platform sosial), begitu juga kami tidak berkongsi maklumat anda dengan sebarang pihak ketiga untuk tujuan pemasaran. Di bawah Dasar ini, kami boleh berkongsi maklumat anda hanya dalam situasi-situasi tertentu, yang anda boleh ketahui secara lebih lanjut dalam seksyen “Bila Kami Boleh Berkongsi Maklumat Anda” Dasar Privasi ini.

Oleh kerana kami melindungi semua pengguna dengan cara ini, kami tidak mengubah perilaku kami sebagai respons terhadap isyarat "jangan jejak" daripada pelayar web.

Untuk maklumat lanjut berkenaan isyarat Jangan Jejak dan bagaimana kami mengendalikannya, sila kunjungi Soalan-Soalan Lazim kami.

Perubahan kepada Dasar Privasi ini

Oleh kerana setiap sesuatu sifatnya berubah sepanjang masa dan kami mahu memastikan Dasar Privasi kami tepat mencerminkan amalan kami dan undang-undang, Dasar Privasi ini mungkin perlu diubah suai dari masa ke masa. Kami mempunyai hak untuk berbuat demikian dengan cara berikut:

  • Sekiranya berlaku sebarang perubahan besar, kami akan menyatakan perubahan-perubahan yang dicadangkan kepada para pengguna kami dalam sekurang-kurangnya tiga (3) bahasa (yang dipilih mengikut budi bicara kami) bagi tempoh ulasan terbuka selama sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari kalendar. Sebelum bermulanya sebarang tempoh ulasan, kami akan menyediakan notis bagi perubahan tersebut dan peluang untuk mengulas mengenainya melalui Tapak-Tapak Wikimedia, dan melalui pemberitahuan dalam WikimediaAnnounce-L atau senarai mel seumpamanya.
  • Bagi perubahan kecil pula, seperti pembetulan tatabahasa, perubahan pentadbiran atau guaman, atau pembetulan pernyataan kurang tepat, kami akan menghantar perubahan itu dan, kalau boleh, menyediakan notis mendahului sekurang-kurangnya tiga (3) hari kalendar melalui WikimediaAnnounce-L atau senarai mel seumpamanya.

Kami meminta supaya anda mengkaji versi terkini Dasar Privasi kami. Penggunaan berterusan oleh anda akan Tapak-Tapak Wikimedia setelah Dasar Privasi ini berkuat kuasa dianggap sebagai penerimaan Dasar Privasi ini oleh pihak anda. Penggunaan berterusan oleh anda akan Tapak-Tapak Wikimedia setelah sebarang versi berikutnya Dasar Privasi ini berkuat kuasa, berikutan notis yang digariskan di atas, dianggap sebagai penerimaan versi Dasar Privasi itu oleh pihak anda.

Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan mengenai Dasar Privasi ini, atau maklumat yang dikumpul di bawah Dasar Privasi ini, sila hantar e-mel kepada kami melalui privacy@wikimedia.org atau hubungi kami secara terus.

Bird & Bird GDPR Representative Ireland
29 Earlsfort Terrace
Dublin 2
D02 AY28
Ireland
Main point of contact: Vincent Rezzouk-Hammachi

If you are an individual located in the United Kingdom, and have questions about your personal data or would like to request to access, update, or delete it, you may contact our representative via email at UKrepresentative.Wikimedia@twobirds.com, or via mail at:

Bird & Bird GDPR Representative Services UK
12 New Fetter Lane
London
EC4A 1JP
United Kingdom
Main point of contact: Vincent Rezzouk-Hammachi

Our European Economic Area and United Kingdom Representative can only be contacted for queries in relation to data protection.

Depending on your jurisdiction, you also may have the right to lodge a complaint with a supervisory authority competent for your country or region.

Terima kasih!

Terima kasih kerana membaca Dasar Privasi kami. Kami berharap anda menikmati menggunakan Tapak-Tapak Wikimedia dan menghargai penglibatan anda dalam mewujudkan, memelihara, dan sentiasa bekerja untuk meningkatkan gedung pengetahuan bebas terbesar di dunia.

Sila ambil perhatian bahawa sekiranya berlaku apa-apa perbezaan dalam makna atau tafsiran antara versi asal bahasa Inggeris Dasar Privasi ini dan terjemahannya, versi asal bahasa Inggeris akan diberi keutamaan.


This version was approved by Amanda Keton on June 7, 2021, pursuant to the Delegation of policy-making authority by the Board, and went into effect on June 25, 2021. Previous versions can be found below:

Laman-laman berkenaan privasi