Dasar privasi/Soalan-soalan lazim berkenaan sepina

From Wikimedia Foundation Governance Wiki
This page is a translated version of the page Policy:Privacy policy/Subpoena frequently asked questions and the translation is 82% complete.
Outdated translations are marked like this.

Wikimedia Foundation Privacy Policy: Subpoena Frequently Asked Questions

Apakah sepina?

Sepina ialah sebuah dokumen yang megarahkan seseorang hadir atau mengemukakan keterangan yang berkaitan dengan tindakan undang-undang. Satu bentuk sepina meminta pembekal perkhidmatan supaya mendedahkan maklumat peribadi mengenai pengguna berdasarkan tindak tanduk mereka dalam sesuatu tapak web. Sepina boleh dikeluarkan oleh peguam yang mewakili satu pihak dalam sesuatu kes, dan ia boleh mangandungi tuntutan-tuntutan yang berlebihan dalam kes-kes tertentu. Walau bagaimanapun, melainkan jika disekat dengan berkesan melalui cabaran segera, sesetengah bantahan terhadap sepina boleh diketepikan dan tidak boleh ditegaskan di mahkamah.

Kenapa seseorang mahu mencari maklumat identiti saya?

Biasanya, sepina yang bertujuan untuk membongkar identiti pembicara tanpa nama disampaikan dalam tapak web pihak ketiga ketika fasa penemuan (atau penghimpunan bukti) bagi tuntutan mahkamah. Plaintif biasanya mahu mengenal pasti pihak yang, menurut dakwaan plaintif, menyebabkan kemudaratan kepada plaintif. Kemudaratan yang didakwa itu boleh timbul daripada sejenis siaran dalam talian, umpamanya sebuah sumbangan rencana atau laman perbincangan, yang, sebagai contoh, didakwa oleh plaintif sebagai memfitnah atau melanggar hak cipta. Plaintif boleh mengenal pasti pengguna berdasarkan alamat Protokol Internet (IP) atau alamat e-mel berdaftar dengan berkongsi maklumat ini dengan Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP). Sebaik sahaja mereka mengetahui identiti sebenar pengguna, pengguna tersebut boleh disaman atau didakwa berhubungan dengan kemudaratan yang didakwa.

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak berbuat apa-apa?

Jika anda tidak mengambil sebarang langkah undang-undang yang perlu, maka Yayasan Wikimedia boleh dipaksa untuk menyerahkan maklumat peribadi anda yang boleh dikenal pasti atau maklumat lain yang dipinta. Sebaik sahaja pihak yang meminta itu mengetahui identiti anda, anda boleh dinamakan dalam satu tuntutan undang-undang.

Apa yang boleh saya lakukan untuk melawan sepina itu?

Oleh kerana kerumitan hujah undang-undang dan keperluan tatacara, serta kesukaran untuk kekal tanpa nama ketika memfailkan usul anda sendiri, adalah sangat disyorkan bahawa anda merujuk kepada seorang peguam dengan segera, terutamanya sebelum anda mahu mempertahankan diri terhadap sepina. Peraturan dan tatacara untuk melawan sepina bergantung pada bidang kuasa sepina itu dikeluarkan.

Dalam sesetengah bidang kuasa anda boleh menghantar bantahan bertulis kepada plaintif. Dalam bidang-bidang kuasa lain, anda mungkin hanya mempunyai pilihan untuk memfailkan satu usul pembatalan dengan mahkamah (meminta mahkamah membatalkan sepina tersebut). Dalam mana-mana kes, untuk melindungi maklumat peribadi anda dan lain-lain daripada dikeluarkan, adalah penting bahawa anda mengambil tindakan-tindakan perlu sebelum tarikh akhir tertentu.

Sebagai sebahagian daripada kajian anda, anda boleh merujuk tapak-tapak web ini:

Laman-laman berkenaan privasi