Tatakelakuan Sejagat Yayasan Wikimedia

From Wikimedia Foundation Governance Wiki
This page is a translated version of the page Policy:Universal Code of Conduct and the translation is 96% complete.
Outdated translations are marked like this.
Tatakelakuan Sejagat Yayasan Wikimedia

Mengapa kita punya Tatakelakuan Sejagat?

Kami yakin untuk memberi kekuatan sebanyak mungkin kepada orang untuk mengambil bahagian dalam projek dan ruang Wikimedia secara aktif, untuk mencapai visi kami iaitu dunia di mana semua orang dapat berkongsi jumlah pengetahuan manusia. Kami percaya bahawa komuniti penyumbang kami beragam, inklusif, dan dapat mengakses sebanyak mungkin. Kami mahu komuniti ini menjadi persekitaran positif, selamat dan sihat bagi sesiapa sahaja yang menyertai (dan ingin bergabung) dengan mereka. Kami berkomitmen untuk mempertahankannya, dengan cara menguatkuasakan Tatakelakuan Sejagat ini dan mengubahnya apabila diperlukan. Juga, kami ingin melindungi projek kami daripada mereka yang merosakkan atau memutarbelitkan kandungannya.

Sejajar dengan misi Wikimedia, semua yang mengambil bahagian dalam projek dan ruang Wikimedia akan:

  • bantu mewujudkan dunia di mana semua orang dapat berkongsi jumlah pengetahuan dengan bebas
  • menjadi sebahagian daripada komuniti global yang akan menghindari bias dan prasangka, dan
  • berusaha ke arah ketepatan dan pengesahan dalam semua kerjanya.

Tatakelakuan Sejagat (UCOC) ini menetapkan sekumpulan panduan minimum tingkah laku yang diharapkan dan tidak dapat diterima. Ini tertakluk untuk semua orang yang berinteraksi dan menyumbang kepada projek dan ruang Wikimedia dalam talian dan luar talian. Ini merangkumi penyumbang baru dan berpengalaman, pegawai dalam projek, penganjur acara dan peserta, pekerja dan anggota lembaga afiliasi serta pekerja dan ahli lembaga Yayasan Wikimedia. Ini tertakluk untuk semua projek Wikimedia, ruang teknikal, acara langsung dan maya, serta contoh berikut:

  • interaksi peribadi, awam dan separa awam
  • perbincangan mengenai perselisihan pendapat dan ungkapan solidariti antara anggota komuniti
  • isu pembangunan teknikal
  • aspek sumbangan kandungan
  • kes mewakili afiliasi/komuniti dengan rakan luar.

1 - Pengenalan

Tatakelakuan Sejagat menyediakan asas tingkah laku untuk bekerjasama dalam projek Wikimedia di seluruh dunia. Komuniti boleh menambahkannya untuk mengembangkan dasar yang mengambil kira konteks tempatan dan budaya, sambil mengekalkan kriteria yang disenaraikan di sini sebagai piawaian minimum.

Tatakelakuan Sejagat tertakluk sama untuk semua ahli Wikimedia tanpa pengecualian. Tindakan yang bertentangan dengan Tatakelakuan Sejagat boleh mengakibatkan sekatan. Ini mungkin dikenakan oleh pegawai yang ditetapkan (sesuai dalam konteks tempatan) dan/atau oleh Yayasan Wikimedia sebagai pemilik sah platform.

2 - Tingkah laku yang diharapkan

Setiap Wikimedian, sama ada mereka merupakan penyunting baharu atau berpengalaman, pegawai komuniti, ahli afiliasi atau ahli lembaga WMF atau pekerja, bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka sendiri.

Dalam semua projek Wikimedia, ruang dan acara, tingkah laku akan dibentuk berdasarkan rasa hormat, ketertiban, bekerjasama, perpaduan dan kewarganegaraan yang baik. Ini terpakai kepada semua penyumbang dan peserta dalam interaksi mereka dengan semua penyumbang dan peserta, tanpa pengecualian berdasarkan usia, kurang keupayaan mental atau fizikal, penampilan fizikal, latar belakang negara, bangsa, agama, etnik, dan budaya atau kasta, kelas sosial, kefasihan bahasa, orientasi seksual, identiti jantina, atau bidang kerjaya. Kami juga tidak akan memberikan perkecualian berdasarkan pencapaian, kemahiran atau kedudukan dalam projek atau pergerakan Wikimedia.

2.1 Saling menghormati

Kami mengharapkan semua ahli Wikimedia menunjukkan rasa hormat kepada orang lain. Dalam berkomunikasi dengan orang, sama ada dalam persekitaran Wikimedia dalam talian atau luar talian, kita akan saling menghormati antara satu sama lain.

Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Amalkan empati. Dengar dan cuba memahami apa yang diberitahu oleh mana-mana ahli Wikimedia yang berlainan latar belakang dengan Anda. Bersedia untuk mencabar dan menyesuaikan pemahaman, jangkaan dan tingkah laku anda sendiri sebagai seorang ahli Wikimedia.
  • Sentiasa bersangka baik, dan terlibat dalam penyuntingan yang positif dan konstruktif. Memberi dan menerima maklum balas dengan ramah dan niat yang baik. Kritikan harus disampaikan secara sensitif, konstruktif, dan merangkumi strategi mantap yang dapat diukur untuk penambahbaikan. Semua Wikimedian perlu bersangka bahawa kita semua di sini bekerja sama untuk mengembangkan projek Wikimedia, kecuali telah terbukti hal yang sebaliknya, namun ini tidak dapat dipakai untuk membenarkan pernyataan yang dapat berdampak negatif.
  • Hormati cara penyumbang memberi nama dan menggambarkan diri mereka. Seseorang mungkin menggunakan istilah khusus untuk menggambarkan diri mereka sendiri. Sebagai tanda hormat, gunakan istilah ini semasa berkomunikasi dengan atau perihal orang-orang ini. Contohnya termasuk:
    • Kumpulan etnik mungkin menggunakan nama tertentu untuk menggambarkan diri mereka, dan bukannya nama yang digunakan oleh orang lain mengikut sejarah untuk menggambarkan mereka
    • Orang yang mempunyai nama yang menggunakan huruf, bunyi, atau perkataan yang berbeza dari bahasa mereka yang mungkin asing kepada anda;
    • Orang yang mengenal pasti dengan orientasi seksual atau identiti jantina tertentu menggunakan nama atau kata ganti nama yang berbeza;
    • Orang yang mengenal pasti sebagai mempunyai kurang keupayaan fizikal atau mental tertentu mungkin menggunakan istilah tertentu untuk menggambarkan diri mereka sendiri
  • Semasa bertemu secara langsung, kita akan berusaha untuk mengalu-alukan semua orang dan kita akan bertimbang rasa dan menghormati pilihan, batasan peribadi, kesensitifan, tradisi dan keperluan masing-masing.

2.2 - Kesopanan, bekerjasama, perpaduan dan kewarganegaraan yang baik

Sebagai sebuah gerakan, kita berusaha untuk sentiasa berkelakuan seperti ini:

  • Kesopanan ialah kelakuan bersopan-santun dalam tindakan dan ucapan, termasuk kepada orang asing.
  • Kolegialiti ialah tindakan memberikan sokongan secara bersahabat bagi mereka yang terlibat dalam kegiatan secara bersama-sama.
  • Dukungan sebaya dan sikap berkewargaan yang baik berarti mengambil tanggungjawab secara aktif untuk menjamin projek Wikimedia menjadi sebuah ruang aman yang produktif, aktif, dan selesa untuk berkontribusi.

Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Mentor dan bimbingan: Membantu peserta baharu untuk berikhtiar dan memperoleh kemahiran penting.
  • Menjaga sesama penyumbang: bantulah rakan Anda ketika sedang memerlukan sokongan, dan bicaralah dengan mereka ketika mengalami perlakuan yang tidak menyeronokkan/tidak sesuai dengan Tatakelakuan Sejagat.
  • Mengiktiraf dan mengkreditkan kerja yang dilaksanakan oleh penyumbang: Ucap terima kasih kepada mereka atas bantuan yang mereka berikan kepada anda. Hargai usaha mereka dan beri penghargaan yang sepatutnya.

3 - Tingkah laku yang tidak boleh diterima

Tatakelakuan Sejagat bertujuan untuk membantu ahli komuniti mengenal pasti keadaan tingkah laku dan gangguan yang buruk. Tingkah laku berikut dianggap tidak boleh diterima dalam gerakan Wikimedia:

3.1 - Gangguan

Ini termasuk sebarang tingkah laku yang dirancang terutamanya untuk mengugut, marah atau menjengkelkan seseorang atau tingkah laku di mana ini wajar dianggap sebagai hasil utama yang paling mungkin. Tingkah laku boleh dianggap sebagai gangguan jika ia melampaui apa yang dijangkakan boleh diterima oleh seorang yang munasabah dalam satu persekitaran antarabangsa yang multi-budaya. Gangguan sering berlaku dalam bentuk penderaan emosi, terutamanya terhadap orang yang berada dalam kedudukan yang lemah, dan termasuk pula menghubungi tempat kerja, rakan, atau ahli keluarga untuk mengintimidasi atau membuat malu. Dalam beberapa kes, tingkah laku boleh berkembang ke tahap gangguan, dalam suatu kes boleh menjadi gangguan melalui pengulangan. Gangguan merangkumi tetapi tidak terhad kepada:

  • Penghinaan: Ini termasuk cacian, menggunakan penghinaan atau stereotaip, dan sebarang serangan berdasarkan ciri peribadi. Penghinaan boleh merujuk kepada ciri-ciri yang nyata seperti kecerdasan, penampilan, etnik, bangsa, agama, budaya, kasta, orientasi seksual, jantina, ketidakupayaan, usia, kewarganegaraan, fahaman politik, atau ciri-ciri lain. Dalam sesetengah kes, ejekan, sindiran, atau keagresifan berulang kali boleh dianggap sebagai penghinaan secara kolektif, walaupun pernyataan individu tidak menganggapnya begitu.
  • Gangguan seksual: Apa-apa jenis perhatian seksual yang tidak diminta atau gerak laku seksual terhadap orang lain, atau pada situasi di mana persetujuan tidak mungkin dapat disampaikan.
  • Ugutan: Menggunakan kemungkinan kekerasan fizikal, tindakan undang-undang, rasa malu yang tidak adil, atau kerosakan reputasi untuk menang dalam pertengkaran atau memaksa seseorang untuk bertindak mengikut cara yang anda inginkan.
  • Menggalakkan kemudaratan ke atas orang lain: Ini termasuk menggalakkan orang lain untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri serta menggalakkan seseorang untuk melakukan serangan ganas terhadap pihak ketiga.
  • Doxing: menerbitkan maklumat peribadi orang lain, seperti nama, tempat pekerjaan, alamat fizikal atau e-mel, tanpa kebenaran nyata mereka. Sebagai standard minimum, seseorang tidak boleh menerbitkan maklumat yang cuba dirahsiakan oleh seseorang dan tidak disiarkan dalam talian. Kebanyakan komuniti mempunyai standard yang lebih tinggi daripada ini dan mengutamakan larangan penerbitan maklumat yang diterbitkan di tempat lain dalam internet tetapi tidak dikongsi dalam projek Wikimedia.
  • Menghendap dan mengekori: mengikuti seseorang di sepanjang projek dan berulang kali mengkritik pekerjaan mereka dengan tujuan untuk membuat marah atau tidak menggalakkan mereka. Jika masalah ini berterusan, komuniti mungkin perlu menyelesaikannya sesuai resam mereka sendiri.
  • Trolling: Sengaja mengganggu perbualan atau menyiarkan dengan niat jahat untuk sengaja memprovokasi seseorang.

3.2 - Penyalahgunaan kuasa, hak istimewa dan pengaruh

Penyalahgunaan berlaku apabila seseorang yang mempunyai kedudukan berkuasa yang benar atau nyata, hak istimewa, atau berpengaruh terlibat dalam tingkah laku tidak sopan, kejam, dan/atau ganas terhadap orang lain. Dalam persekitaran Wikimedia, ia sering kali mengambil bentuk penderaan emosi (penderaan verbal, mental, psikologi) dan mungkin bertindih dengan gangguan.

  • Penyalahgunaan jawatan oleh petugas, pegawai dan kakitangan: penyalahgunaan kuasa, pengetahuan atau sumber yang ada pada (terpilih) pegawai projek, serta pegawai dan kakitangan Yayasan Wikimedia atau ahli sekutu Wikimedia untuk mengugut atau mengancam orang lain, atau untuk kepentingan material atau tidak material mereka sendiri.
  • Penyalahgunaan kekananan dan hubungan: Menggunakan kedudukan dan reputasi seseorang untuk mengugut orang lain. Kami meminta orang yang mempunyai pengalaman dan hubungan yang berpengaruh dalam pergerakan untuk bertindak dengan berhati-hati kerana komen bertentangan mungkin membawa implikasi yang tidak disengajakan untuk mewujudkan ancaman daripada rakan dan penyokong. Orang yang mempunyai kuasa komuniti mempunyai hak istimewa untuk dilihat sebagai dipercayai dan tidak boleh menyalahgunakan ini untuk menyerang orang lain yang tidak setuju dengan mereka.
  • Gaslighting (Manipulasi psikologi): Berusaha (secara sendiri atau bersama kumpulan) untuk menyebabkan seseorang meragui persepsi, pancaindera, atau pemahaman mereka sendiri.

3.3 - Vandalisme kandungan dan penyalahgunaan projek

Sengaja memperkenalkan kandungan yang salah atau berat sebelah ke projek-projek Wikimedia atau menghalang penciptaan kandungan. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Penghapusan kandungan yang berulang-ulang secara sewenang-wenang atau tanpa motif tanpa perbincangan yang sesuai atau memberi penjelasan
  • Memanipulasi kandungan secara sistematik untuk memihak kepada tafsiran tertentu mengenai fakta atau sudut pandangan (juga dengan cara penyataan sumber yang tidak sah atau sengaja dibuat dan mengubah cara penyusunan kandungan editorial yang betul)
  • Ucapan kebencian dalam sebarang bentuk ungkapan yang bermaksud mencerca, menghina, atau menimbulkan kebencian terhadap kumpulan atau golongan orang berdasarkan bangsa, agama, warna kulit, identiti seksual, identiti jantina, etnik, kurang keupayaan, atau asal negara
  • Penggunaan simbol, gambar, kategori, tag, atau bentuk isi lainnya yang mengintimidasi atau berbahaya pada orang lain di luar konteks pemakaian untuk informasi atau ensiklopedia. Ini termasuk memaksakan sudut pandang tertentu dengan tujuan untuk memperlemah atau mengasingkan seseorang.